My Blog List

Friday, August 13, 2010

History in Ramadhan


Bulan Ramadhan telah datang kepada kita dengan membawa seribu maknaya dan keberkatan, Di panggil madrasah ulung mengajar manusia erti kesabaran dalam seribu makna yang tersirat. Ada yang beruntung pada bulan ini dan ada yang rugi bergantung kepada kesungguhan individu tersebut untuk mencapai matlamatnya pada bulan yang berkah ini.
Selain menahan lapar dan dahaga ia juga mengajar kita dari banyak aspek falsafah seperti menahan telinga,menahan mulut dan perkara-perkara yang tidak baik disisi Islam khususnya, namun apa yang hendak dikongsi di sini adalah peristiwa atau sejarah yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ini, semoga ia akan menambah pengetahuan sekaligus memberi lebih penghayatan kepada kita untuk menjalani ibadah ini yang dilakukan hanya setahun sekali sahaja pada tiap-tiap tahun Islam.

Bulan Diturunkan Al-Kitab

Keberkatan bulan ini adalah diturunkan suhuf dari langit iaitu Al-quran, Zabur, Taurat dan Injil. Semua kitab telah diturunkan pada bulan Ramadhan.
Peristiwa Peperangan Badar
Peperangan ini berlaku pada tahun kedua hijrah pada hari Jumaat, 2 ramadhan, ini adalah peperangan pertama dalam kalendar Islam. Di beri nama badar kerana ia berlaku di sebuah lembah antara mekah dan madinah. Peperangan ini menyaksikan kemenangan Islam yang pertama, dikatakan tentera Islam ketika itu hanya berjumlah 313 orang melawan tentera kufar yang berjumlah hampir 1000 orang yang lengkap bersenjata, 70 orang musrikin mekah ditawan dan 70 orang lagi Berjaya dibunuh ketika peristiwa ini. Allah telah merakamkan peristiwa ini didalam surah Ali-Imran ayat 123-125.
{ Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya}

Pembukaan Kota Mekah

Satu peristiwa yang hebat diawal-awal perkembangan Islam adalah pembukaan kota Mekah.
Berlaku peristiwa ini pada 10 Ramadhan tahun ke 6 hijrah, pelanggaran perjanjian hudaibiyah oleh kaum musyrikin mekah membolehkan umat Islam mara ke Mekah untuk memasukinya dengan selamat dan aman di ketui oleh nabi Muhammad s.a.w.
Allah telah merakam peristiwa ini pada surah Al-Fath ayat 1.
{Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata}
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Tabuk

Peristiwa ini berlaku apabila Maharaja Rom Timur (byzantine) yang diketuai oleh Hercules telah menerima tamparan hebat kerana pengaruh kerajaan Islam yang berkembang di seluruh pelosok tanah Arab ketika itu, beliau memutuskan untuk menyekat pengaruh tersebut di utara tanah Arab. Berita ini telah sampai ke pengetahuan nabi Muhammad s.a.w. dan baginda telah mengarahkan umat Islam berkumpul dan mengutip zakat, pada ketika iti tanah Arab dilanda panas dan kemarau. Umat Islam benar-benar diuji pada peristiwa ini, namun taat setia kepada Allah dan Rasulnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seramai 30,000 tentera Islam yang diketuai oleh baginda sendiri telah pergi ke utara Madinah bagi menghadapi tentera Rom, namun apabila sampai di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ, Rom menarik diri kerana kemaraan tentera Islam dalam jumlah yang ramai. Kesannya daripada peristiwa ini kerajaan Rom harus membayar cukai sebanyak 3,000 dirham setahun.

Islam Sampai Ke Yaman

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada bulan ramadhan tahun ke 10 hijrah yang mana nabi Muhammad s.a.w. telah mengutus Ali bin Abi Thalib ke Yaman dengan membawa surat yang ditulis baginda khususnya kepada kaum Hamdan di Yaman. Hebatnya kedatangan mereka kesana hampir tidak sampai 1 hari kesemua penduduk Yaman telah memeluk agama Islam.

Penyerahan Bandar Thaif

Nabi Muhammad pernah di halau ketika baginda pergi berdakwah di Bandar ini, di kuasai oleh suku kaum Thaqif ketika itu. Selepasa pembukaan mekah mereka berkeras tidak mahu tunduk kepada kerajaan Islam ketika itu lantas baginda telah mengarahkan sejumlah askar pergi kesana dan mengepung mereka dalam tempoh yang lama. Akhirnya mereka menyerah kalah dan menghantar surat penyerahan wilayah pada tahun ke-9 hijrah di bulan Ramadhan, dan patung al laata yang mereka puja telah dimusnahkan.

Pembukaan Andalus (Sepanyol)

Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 hijrah, Tariq bin Ziyad telah dihantar untuk menyerang Negara andalus di wilayah Eropah, Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah di semenanjung Iberia di waktu pemerintahan Bani Umaiyyah. Andalus telah diperintah oleh Negara Islam dari tahun 711 hingga 1492 Masihi.

Peperangan Zallaqah (Portugal)

Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat bersamaan 459 Hijrah di bulan Ramadhan. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam Mengalahkan Tentera Monggol

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.