My Blog List

Monday, August 2, 2010

Sejarah Yang Telah Dilupakan


Islam adalah satu agama yang syumul yang mana ia telah mengubah dunia secara cepatnya, sejarah telah mengatakan bahawa kerajaan di madinah adalah kerajaan terawal Islam di bimbing oleh Nabi Muhammad S.a.w. bermula dengan penindasan di Mekah, baginda telah diarahkan oleh Allah untuk melakukan hijrah kali pertama dalam sejarah umat Islam. kesan daripada itu terlalu banyak hikmah yang muncul kerana ia telah menjadi bachmark(batu loncatan) kepada umat Islam ketika itu dan dapat membina sebuah negara dari dalam masjid yang pertama di dunia(masjid quba), ini lah yang baginda lakukan setibanya sampai di madinah, membina sebuah pusat pentadbiran yang merangkumi tempat ibadah dan pengurusan.

jika kita melihat pentadbiran di madinah baginda banyak menekan kan perpaduan dan kesatuan ummah, maka berlaku lah satu peristiwa yang tidak mungkin berlaku lagi dalam dunia moden hari ini, iaitu penyatuan di antara bangsa Arab ansar dan Muhajirin. kaum Ansar dengan hati terbuka menerima mereka sebagai satu saudara kerana satu agama manakala kaum Muhajirin adalah yang berhijrah mengikut baginda antaranya termasuk lah khalifah kita yang pertama iaitu saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Madinah adalah sebuah negara yang majmuk dengan diduduki bangsa Arab dan Yahudi berketurunan Arab, nama asalnya adalah kota Yatrib dan disini juga dibina sebuah masjid yang penting pada umat Islam iaitu masjid Nabawi.

Bermula dari sini baginda mengatur langkah sebagai ketua Negara yang bijak dengan bimbingan wahyu menjadikan Madinah adalah sebuah negara Islam yang disegani pada waktu itu, dan perlembagaan yang sangat adil telah di gubal di sini, iaitu piagam madinah atau sahifah madinah yang mana ia mempunyai 47 fasal dan 23 membabitkan kaum Yahudi dan 24 menyebutkan berkaitan orang muslimin ketika itu. jika kita mengkaji piagam ini, apa yang menariknya adalah ia adalah berkaitan tentang hak kedudukan dan kasta, dengan maksud lain ia menyamaratakan hak-hak semua kaum(bani) di Madinah ketika itu.

Sehingga hari ini madinah menjadi sebuah bandar Islam yang mengabungkan moden dan lama, dan tanpa kita sedari bahwa ribuan tahun dahulu nabi pernah bersandar di pohon-pohon Tamarnya dan membina masjid dari pelepah tamar.

Sejarah adalah sejarah, namun jangan kita lupa bahawa sejarah sentiasa berulang. mungkin ada sejarah yang tidak perlu kita kenang dan ada sejarah yang perlu kita kaji dan simpan sebagai lipatan termashur dalam generasi kita.

Apa kaitannya dengan negara Islam hari ini?? negara Islam hari ini hanya lah sebuah boneka yang hanya bersandarkan nafsu dan ketamakan harta rakyat, bagaimana negara ini disebut sebagai negara Islam sedangkan rakyatnya tidak cukup dengan makanan dan pakaian??kebajikan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin kita hari ini, hanya sekadar untuk tunjuk muka sebagai memberitahu masyarakat dunia yang kita telah melakukan ini, itu?? demokrasi selalu dijadikan bahan bualan kosong dan rasuah semakin berleluasa.

perkara di atas hanya lah satu diantara luahan yang sering kita dengar berkenaan dengan pentadbiran sebuah negara Islam. mengapa kita tidak memandang sejarah kita sebagai petunjuk dan tauladan, Islam bukan hanya untuk orang Arab dan bukan juga untuk orang a'jam. tapi Islam adalah agama wahyu yang Allah S.w.t. telah redho atasnya?? maka mengapa kita meraguinya??

Marilah kita megkaji sejarah kita, siapa kita dan mengapa kita ada di dunia hari ini, apa yang telah kita lakukan pada generasi kita hari ini. apakah sumbangan kita pada umat, mengapa umat hari ini menderita akibat tangan-tangan saudara kita sendiri, ini mungkin tidak berlaku jika kita berfikir mengikut telunjuk syarak.
Renungkanlah ucapan dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika zaman pemerintahanya.

" Saya telah dilantik untuk memimpin kamu semua, tetapi tidak bererti bahawa saya adalah manusia terbaik dikalangan kamu"

Sumber: Fiqh Kenegaraan. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

No comments:

Post a Comment