Bercerita tentang sejarah melayu adalah suatu perkara yang agak sukar sebenarnya, kerana kurangnya penulisan tentang sejarah mereka di zaman lampau, ada yang mengatakan bahawa bangsa ini pernah mempunyai empayar yang luas merentasi Thailand sampai ke kemboja dan hingga ke hujung Filipina, dan pendapat lain mengatakan bahawa mereka ini berasal dari bangsa Yunan dan Nusantara.
Sejarah mencatakan bahawa kaum Negrito adalah penduduk asal di tanah Melayu, mereka dikatakan mendiami gua Cha di Kelantan, mengikut kajian Arkeologi mereka telah mendiami gua tersebut pada tahun 1000 sebelum masihi lagi. dan hingga ke hari ini mereka masih wujud di Tanah Melayu dan tidak berbeza dari datuk nenek moyang mereka, mempunyai kulit yang agak gelap dan berambut kerinting dan mengamalkan ritual-ritual yang telah di warisi turun temurun.
Mengkut kajian yang telah dilakukan Pertubuhan Dakwah Islamiyyah( PEKIDA) bahawa bangsa melayu adalah serumpun dari kerajaan di Sumatera Indonesia, nama Melayu diambil sempena sebatang sungai disana di gelar Sungai Melayu, dari segi Etemologi pula melayu diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Malaya yang membawa maksud 'Gunung'. Bangsa Melayu yang dicatatkan pada era pemerintahan Dinasati Tang di China adalah sebuah empayar yang besar di Asia tenggara dan mempunyai tamadun yang tersendiri di kepulauan Nusantara.
Orang-orang Melayu disifatkan sebagai yang berkulit sawo matang dan mempunyai tubuh yang sederhana besar dan tegap, dan selalu berlemah lembut dan beradab didalam pergaulan bersama masyarakat.
Ini bermakna kerajaan Melayu Tua adalah sebuah tamadun yang besar dan disegani dan dikenali serantau Asia Khususnya.
Kesultanan Melayu Melaka adalah yang terpaling mashur kerana ketika itu semua perkara telah dicatakan dan kita dapat meneliti dan mengkaji tentang sejarah peradaban Melayu Melaka. Sejarah telah merakamkan bahawa kerajaan Melayu Melaka bermula seawal 1400 hingga 1511, ia mempunyai hubungan rapat dengan sumatera. pengasas Melaka iaitu Parameswara adalah dari selatan Palembang yang mana ketika itu palembang adalah pusat serantau dibawah pentadbiran srivijaya(abad ke 7-14). Dan dibawah pentadbiran Parameswara Melaka menjadi Pusat pelabuhan yang terkenal dirantau ini kerana kedudukannya yang strategik dan tempat kapal-kapal berlabuh dari seluruh dunia.
Islam mula bertapak di kepulauan Melayu seawal abad ke 14 Hijrah, berbagai-bagai pandangan telah dicatatkan tentang kemasukan Islam ke tanah Melayu. Batu bersurat di terengganu memaparkan Islam telah sampai lebih awal iaitu sekitar 702 Hijrah. Kepulauan Melayu seolah-olah terhenti seketika apabila penjajah datang untuk mengambil alih kerajaan dari tangan-tangan bangsa Melayu.mereka bukan sekadar menjajah akan tetapi turut mengubah pandangan dan ideologi orang Melayu sehingga terpengaruh dan memberi kesan yang sangat besar dalam perubahan politik Melayu dan Perundangan Islam.
Dan hari ini bangsa Melayu telah berjaya keluar dari kepompong kejumudan hasil kerja pemimpin yang barkaliber dan mempunyai pandangan yang jauh, Melayu bukan lagi kaum Nomad yang berpindah-randah, mereka menggubal undang-undang, menjalankan perniagaan, pentadbiran, politik, ekonomi dan berbagai-bagai lagi. Akan tetapi harus lah kita ingan bahawa semua pencapaian yang kita ada ini adalah kerana bangsa Melayu itu adalah beragama Islam. ini lah agama yang membwa bahtera perubahan kepada orang Melayu, kita sering terlupa dan berfikir bahawa jika kita masih beragama lama adakah kita akan mencapai kemajuan seperti ini?? tidak sama sekali kerana islam lah yang telah membawa perubahan pada kita semua sepertimana ia mengeluarkan bangsa arab yang Jahiliyyah kepada keagungan tamadun sehingga disegani setiap pelusuk negara hingga kepada Rom dan Parsi.
Jelaslah bahawa Islam adalah agama yang memacu orang Melayu hingga ke tahap yang sempurna ketika ini, akan tetapi berapa ramai yang menyedari hakikat ini?? mungkin 2 nisbah 100.
Firman Allah didalam surah ar-rahman:
"Maka yang mana satu diantara NIKMAT-NIKMAT Tuhan Kamu yang hendak kamu dustakan"
No comments:
Post a Comment